PAS Tolak Ketua Daripada Parti Musuh – Mahfuz

PAS Tolak Ketua Daripada Parti Musuh – Mahfuz

0
SHARE

POKOK SENA, KEDAH – PAS tidak mungkin mahu musuh parti itu mempunyai ketua daripada kalangan musuh parti mereka. Ini merujuk kepada kenyataan daripada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian selepas merujuk kepada keengganan PAS untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Menter Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga adalah timbalan presiden PKR.

Ini susulan selepas PAS secara rasmi memutuskan tahaluf siayafi atau kerjasama politik dengan PKR.

Memetik kenyataan Malaysia Kini, Mahfuz berkata “Ini secara tidak langsung jelas menampakan PAS telah isytihar Azmin Ali adalah Menteri Besar dari parti yang memusuhi PAS.

“Jadi apa lagi yang mewajarkan untuk PAS bekerja dan berketuakan musuh PAS?

“Tiada pilihan kepada PAS melainkan hanya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri termasuk exco,” kata bekas naib presiden PAS itu.

Beliau berkata, bahawa tidak ada keperluan untuk menunggu Azmin atau perkenan daripada Sultan Selangor bagi mereka meletak jawatan.

“Perkenan Sultan pula hanya diperlukan pada waktu pelantikan.

“Tidak ada keperluan pun untuk peletakan jawatan exco memerlukan perkenan Sultan,” tambah katanya.

Sebagai contoh, kata Mahfuz, apabila bekas ahli exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi berdepan pertuduhan rasuah dan meletak jawatan bulan lalu, keputusan berkenaan tidak memerlukan perkenan sultan.

Mahfuz berkata, kerajaan Selangor masih boleh berfungsi walaupun tanpa tiga exco PAS itu kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat anggota exco untuk berfungsi.

Selain Azmin sebagai menteri besar, kerajaan Selangor ketika ini dianggotai oleh empat exco PKR dan tiga masing-masing daripada DAP dan PAS.