Peguam Negara Putuskan Tuduh Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina

Peguam Negara Putuskan Tuduh Suspek Terlibat Kes Buli Zara Qairina

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini mengumumkan keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13.

Dalam satu kenyataan media, Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian remaja berkenaan.

“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat berdasarkan keterangan yang ada dan ia tidak akan mengganggu prosiding inkues yang akan dijalankan,” jelas kenyataan itu.

Jabatan berkenaan turut menegaskan bahawa pertuduhan terhadap suspek-suspek terbabit hanya melibatkan kesalahan buli dan tidak akan menjejaskan siasatan menyeluruh yang sedang diteruskan oleh PDRM berkaitan punca kematian Zara Qairina.

Prosiding inkues bagi menentukan sebab kematian pelajar tingkatan satu itu telah ditetapkan berlangsung bermula 3 September depan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.