ADUN Bugaya, Manis Muka Meninggal Dunia Hari Ini Akibat Masalah Buah Pinggang

ADUN Bugaya, Manis Muka Meninggal Dunia Hari Ini Akibat Masalah Buah Pinggang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Dara meninggal dunia di Hospital Gleneagles hari ini.

Menurut sumber, wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut kerana masalah buah pinggang, malam tadi.

“Beliau dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi,” katanya.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, Manis mempertahankan DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.

Sabah News ketika ini berusaha mendapatkan kenyataan terperinci berhubung perkara ini.