COVID-19: SEBANYAK 1,018 KES SEMBUH, NAMUN KES BAHARU TINGGI 1,210 KES DAN...

COVID-19: SEBANYAK 1,018 KES SEMBUH, NAMUN KES BAHARU TINGGI 1,210 KES DAN 5 KEMATIAN DIREKODKAN HARI INI

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 17 November 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,018 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan menerusi Facebook rasmi KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 36,624 kes (73.7%).

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 hari ini masih menunjukkan  empat (4) angka iaitu sebanyak 1,210 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 49,730 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,788 kes.

DARIPADA 1,210 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak sembilan belas (19) Kes import, manakala 1,191 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 105 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 40 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SABAH kembali menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu sebanyak 499 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat LIMA (5) kes kematian direkodkan hari ini iaitu 1 KES di Perak dan 4 KES daripada Sabah dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 318 kes (0.6%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana NEGERI SABAH kembali mencatat kes tertinggi hari ini (17 November 2020) sebanyak 499 KES daripada keseluruhan 1,210 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)