KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima Anugerah Kepimpinan Global bagi Hubungan Dalam Media Sosial atas pembabitan aktif beliau dalam media sosial, selepas merasmikan Minggu Media Sosial Malaysia 2017, kelmarin.
Memetik kenyataan portal berita Bernama, beliau menerima anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden Malaysia Social Media Chambers, Shahul Hameed Shaik Dawood.
Ketika ini, Najib mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.8 juta pengikut di Twitter dan 3.3 juta pengikut di Facebook yang menjadikan beliau antara pengguna nombor satu media sosial bersama-sama 20 juta rakyat Malaysia yang aktif di platform berkenaan.
Najib mula menggunakan Twitter pada September 2008 semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan pada awalnya menyiarkan beberapa dokumen rasmi beliau dan banyak membuat ulasan berkaitan isu tempatan, semasa dan antarabangsa.
Perdana menteri turut menggunakan Facebook untuk berhubung dengan masyarakat Cina dengan mewujudkan laman peminat bahasa Cina dan menggelar dirinya sebagai “Ah Jib Gor” atau Abang Najib.