Bekas Ketua Ulama PAS Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar

Bekas Ketua Ulama PAS Meninggal Dunia Akibat Serangan Angin Ahmar

0
SHARE

KOTA BHARU – Bekas Ketua Ulama Pas, Kelantan, Datuk Mohamad Daud atau lebih dikenali ‘Ustaz Mat Iraq’ meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, bekas Exco Kerajaan Kelantan dan Adun Demit  berusia 78 sebelum ini diserang angin ahmar dan kencing manis  menghembuskan nafas terahir di depan ahli keluarga kira-kira jam 6.42 petang.

Beliau merupakan pakar rujuk dalam Pas dan seorang ulama memiliki ilmu yang tinggi sebelum zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Solat jenazah dijangka dilakukan kira kira 9 pagi esok di Masjid Kubang Kerian dan dijangka dihadiri penyokong dan pimpinan Pas dan Kerajaan Kelantan.

Dalam pada itu seorang lagi ulama,  Abdullah Al-Hafiz Rantau Panjang juga meninggal dunia di kediamannya kira kira jam 6.45 petang.

Dalam pada itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata,  kedua-dua mereka adalah tokoh besar dalam ilmu Al-Quran yang sukar dicari ganti.

Katanya, jasa Allahyarham terlalu besar khasnya dalam membangunkan acuan dan dasar Islam dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

“Beliau sentiasa menjadi rujukan khasnya dalam menentukan hukum-hakam yang sukar untuk dibuat keputusan.

“Semoga ALLAH SWT menerima segala jasa dan amalan soleh dan diganjari dengan sebesar-besar ganjaran,” katanya.