Anggota Polis Antara Dua Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Lori

Anggota Polis Antara Dua Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Lori

0
SHARE
Kemalangan
Tangkap layar akaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan barisan kenderaan berhenti apabila sebuah treler datang merempuh dari arah belakang ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

PUTRAJAYA, SABAH – Dua penunggang motosikal termasuk seorang anggota polis maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Persiaran Utara kira-kira pukul 10.05 pagi di sini, hari ini.

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata kemalangan membabitkan lima kereta, dua motosikal, sebuah motosikal polis trafik, sebuah lori dan sebuah treler.

“Kedua-dua individu berusia 25 dan 39 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Idris Shah di Serdang.

“Pemandu sebuah lori treler hilang kawalan sebelum merempuh sekatan motosikal polis trafik ketika bertukar dari lorong tengah ke kiri,” katanya dalam sebuah kenyataan media.

Mengulas lanjut, beliau berkata polis trafik sedang menjalankan raptai untuk pelepasan Le Tour de Langkawi tidak lama lagi.

Beliau berkata pemandu treler terbabit telah ditahan untuk menjalani ujian air kencing, dan kini direman.

“Semakan awal menunjukkan pemandu itu tidak mempunyai rekod kesalahan lalu lintas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan barisan kenderaan berhenti apabila sebuah treler datang merempuh dari arah belakang.