Axia Terbabas Di Bukit Kimanis, Dua Wanita Cedera

Axia Terbabas Di Bukit Kimanis, Dua Wanita Cedera

0
SHARE

KIMANIS, SABAH – Dua wanita cedera apabila kenderaan Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas pada bahu jalan Bukit Kimanis sini kira-kira 5 petang semalam.

Walaubagaimanapun, menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kedua-dua mangsa hanya mengalami cedera ringan…

Mereka dikenal pasti sebagai Johani @ Johari Pansai, 51, dan Salvetah Sala, 49.

“Mangsa terlibat diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke Hospital Keningau menaiki Ambulans,” katanya sambil menambah operasi tamat pada jam 5.59 petang.