KOTA KINABALU, SABAH – Balai Polis Nabawan dan Kalabakan boleh dinaik taraf dengan hanya 20 peratus daripada peruntukan infrastuktur RM80 juta disediakan kerajaan yang menjadi rebutan antara 14 kontinjen seluruh negara termasuk formasi yang lain.
Anak kelahiran Ranau, Datuk Jauteh Dikun yang menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah baharu pada Selasa berharap ianya akan menjadi realiti demi perkhidmatan yang lebih baik.
Menyaksikan acara di IPK Kepayan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata peruntukkan itu adalah jenis “one-off” yang mesti dimanfaatkan sepenuhnya pada tahun ini.
“Kemungkinan akan dinaikkan pada tahun hadapan. Tidak perlu tender, hanya nyatakan harga infrastruktur melibatkan pejabat dan berek dalam lingkungan RM500,000 hingga ke RM800,000,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin pada Jauteh dan penggantinya, Timbalan Pesuruhjaya Polis baharu Deputi Komisioner Shahurinain Jais dengan pengalaman mereka berdua sebagai bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dalam memastikan ekonomi Sabah dapat berkembang.