Bapa Petugas Bomba Maut Dipercayai Disambar Buaya

Bapa Petugas Bomba Maut Dipercayai Disambar Buaya

0
SHARE

BELURAN, SABAH – Hanya separuh badan seorang lelaki berumur 56 tahun ditemui dipercayai maut disambar buaya ketika memukat.

Penemuan itu di Kg Obah, Paitan kira-kira 85 km dari Balai Boma Beluran pada jam 8.10 pagi Khamis.

Bantuan diminta anak beliau,juga seorang anggota Bomba yang bertugas di Skudai, Johor…

Mennurut Ketua Balai, PPgB Edoen Macheal, keluarga pengadu berkata mangsa sudah sehari tidak pulang dari keluar memukat.

“Operasi ditamatkan pada 11.20 pagi. Tiada talian telefon dan litupan GIRN di lokasi kejadian,” katanya mengenai operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua.