Belia Sabah Marah dan Kecewa: Keputusan Libat Parti Luar Dianggap Mengkhianati Maruah...

Belia Sabah Marah dan Kecewa: Keputusan Libat Parti Luar Dianggap Mengkhianati Maruah Negeri

0
SHARE

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) menyuarakan kekecewaan mendalam terhadap keputusan melibatkan parti luar dalam pembentukan kabinet negeri.

Presidennya, Abqaree Fawwaz Abekan menyifatkannya sebagai tamparan terhadap perjuangan dan pengorbanan anak muda Sabah.

“Kami benar-benar kecewa. Anak muda berkorban habis-habisan demi maruah politik Sabah, tetapi keputusan ini seolah-olah menidakkan usaha mereka,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa golongan belia mahu melihat kepimpinan yang bermaruah dan bebas daripada pengaruh luar, sambil menolak sebarang tindakan politik yang melemahkan autonomi negeri.

“Kita tidak menolak kerjasama, tetapi kerjasama itu mesti menghormati maruah anak muda Sabah,” tegasnya.

Menurutnya, belia Sabah akan terus bersuara demi mempertahankan hak dan masa depan negeri, sambil mengingatkan bahawa maruah Sabah tidak boleh dijual beli.

Beliau menyeru agar masa depan Sabah ditentukan oleh rakyatnya sendiri, bukan percaturan parti luar.