BERSATU Beluran Miliki 90 Cawangan Dengan 7,000 Keahlian

BERSATU Beluran Miliki 90 Cawangan Dengan 7,000 Keahlian

0
SHARE

BELURAN, SABAH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beluran kini mempunyai 90 cawangan dengan keahlian seramai 7,000 orang.

Terbaharu TIGA (3) lagi cawangan ditubuhkan di Kampung Bintang Mas, Kampung Ulu Sapi Sapapayau dan Kampung Sungai Sapi.

Penyerahan borang keahlian seramai 200 orang dari tiga cawangan itu disampaikan kepada Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Bahagian Bersatu Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Bintang Mas Telupid, semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut Naib Ketua Bahagian BERSATU Beluran Nordin Semarang dan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Beluran Samad Jambri.