Biar Kalah Asal Bergaya

Biar Kalah Asal Bergaya

0
SHARE
Kmjg
Limus (tengah) dan Tracy (enam dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama kedua-dua pasukan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KUALA PENYU, SABAH – “Biar kalah asal bergaya,” itu adalah kata semangat pasukan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) setelah dibelasah teruk oleh pasukan Komuniti Madani (KM) Kampung Linsuk dalam perlawanan tarik tali.

Kapten pasukan KMJG Insp Mohd Yusof Selamat berkata, walaupun kalah pasukannya telah menunjukkan komitmen yang terbaik setakat ini demi tidak menghampakan rakan-rakan di Kampung Linsuk.

Baginya, kalah itu biasa dan sukan adalah salah satu penghubung silaturahim sesama rakan sepasukan dan masyarakat.

Perlawanan tarik tali itu disaksikan oleh Pembantu Menteri Jabatan Kerja Raya, Datuk Limus Jury yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu di Pantai Kampung Linsuk dalam Program KMJG bersempena dengan Linsuk Mini Fiesta 2024 di sini, pada Ahad.

Limus yang ditemani isteri, Datin Tracy Jee Huat turut diiringi oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor merangkap Ketua Konvoi KMJG Negeri Sabah.

Dalam perlawanan itu, pasukan KM Kampung Linsuk yang diketuai Sharizal Zainal memang mudah ke atas pasukan KMJG. — JABATAN PENERANGAN SABAH