KOTA KINABALU, SABAH – Barisan Nasional (BN) Sabah menolak kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) selepas hanya ditawarkan lapan kerusi.
Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding 14 kerusi yang dimenangi parti itu pada PRN lalu.
Beliau menyifatkan tawaran itu sebagai tidak adil dan menghina BN, Dengan me dakwa ada pemimpin GRS berpendendapat lapan kerusi itu pun sudah terlalu banyak untuk BN.
“Kenyataan sebegini amat menyakitkan hati kerana ia menafikan sumbangan BN serta bertentangan dengan asas rundingan agihan kerusi berasaskan ‘incumbency rule’,” katanya memetik Harian Metro.
Beliau berkata rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) sebaliknya berjalan lancar kerana kedua-dua pihak menghormati prinsip rundingan termasuk penggunaan ‘swap rule’ jika berlaku pertindihan kerusi.
Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bahawa parti itu tidak akan berkompromi jika asas rundingan tidak dihormati.






