BN TIDAK ADA MASALAH MENANG PRN JOHOR

BN TIDAK ADA MASALAH MENANG PRN JOHOR

0
SHARE

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) dijangka akan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan hari ini (12 Mac).

Menurut Penganalisis Politik Bebas, Baharuddin Palembang berkata perpecahan di kalangan parti-parti politik besar khususnya Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) termasuk PKR, MUDA dan Warisan akan memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional untuk menang dikebanyakan kerusi di Johor.

Secara umumnya, hasil kajian di lapangan menggambarkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) masih tidak menunjukkan peningkatan ketara, malangnya perpecahan undi dikalangan parti-parti yang bertanding akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kali ini.

Menurut Baharuddin lagi, kerusi yang dikuasai oleh DAP juga dijangka akan berpindah tangan.

“Masyarakat Cina di seluruh Malaysia secara jelas masih menunjukkan trend memboikot Parti DAP…

“Justeru, parti MCA kali ini mempunyai pilihan yang amat cerah untuk menang dibeberapa kerusi tradisi DAP,” katanya.

Keputusan pilihan raya kali ini juga banyak dipengaruhi oleh undi anak muda, justeru jangkaan dan hasil dapatan kajian sudah tentu boleh berubah dengan sekelip mata memandangkan pola pemikiran mereka amat sukar dijangka.