Kucing Punyai Satu Mata Dan Hidung Jadi Terkenal

Kucing Punyai Satu Mata Dan Hidung Jadi Terkenal

0
SHARE
Eggbert, kucing bermata satu dan mempunyai hidung satu tular di laman media sosial baru-baru ini...

OHIO, AMERIKA STARIKATSeekor kucing dengan nama ‘Eggbert’ yang memiliki satu mata dan satu hidung menjadi terkenal dalam sekelip mata selepas foto dan kisahnya dimuat naik di laman media sosial Facebook baru-baru ini.

Pada Rabu lalu, kakitangan di pusat perlindungan haiwan Komuniti Kemanusiaan Fairfield, Ohio (FAHS), tempat tinggal Eggbert memuat naik kisahnya di media sosial dalam usaha mencari orang yang mahu menjaganya.

“Ia dilahirkan dengan memiliki hanya satu mata dan hidung, tetapi selain tidur berdengkur, kekurangannya itu, tidak menjejaskan ia sedikit pun! Eggbert kucing manja dan bergaul baik dengan kucing lain, anjing dan kanak-kanak.”

FAHS juga menunjukkan wajah comel Eggbert. Rentetan status tersebut, kucing terbabit menerima banyak tawaran individu mahu menjaganya.

Menurut FAHS, seperti dipetik Ottawa Sun, pihak mereka sudah menilai semua calon dan Eggbert kini sudah mendapat tuan baru.