Buang, Bakar Pelitup Muka Dan Vaksin Kerana Tidak Percaya Kewujudan COVID-19

Buang, Bakar Pelitup Muka Dan Vaksin Kerana Tidak Percaya Kewujudan COVID-19

0
SHARE

JAKARTA – Puluhan warga di Papua, Jawa Barat yang diketuai oleh sekumpulan Pendeta tidak percaya kehadiran wabak COVID-19 dengan mengadakan satu ritual membuang dan membakar pelitup muka (facemask).

Video rakaman yang tular di media sosial sejak semalam jelas menunjukkan seorang Pendeta di Papua itu menegaskan bahawa dirinya dan masyarakat di sekitar tidak percaya dengan COVID-19 dan vaksin sambil diikuti dengan tindakan membuang pelitup muka dan botol vaksin ke dalam kobaran api.

“Kami, masyarakat Papua sama sekali tidak percaya pada Covid-19 atau vaksin yang sedang disuntik kepada penduduk Indonesia…

“Ini kerana COVID-19 adalah buatan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. COVID-19 adalah syaitan dan kami jalankan ritual ini untuk membakarnya,” laung individu yang dipercayai Pendeta dalam video itu..

VIDEO tular yang menunjukkan masyarakat Papua membakar pelitup muka dan vaksin sebagai tanda tidak percaya akan kewujudan COVID-19…(Sumber Video: Pikiran Rakyat)

“Kami tidak pernah menutup tempat ibadah-ibadah raya. Kemudian hari ini kami kumpulan KKR mulai ibadah dari Gereja Yudea Samaria, Galilea, kemudian Bukit Sion, Tiberias, sampai dengan Matoa, Anugerah, Ekklesia. Ada 23 gereja kami menjalani KKR,” tambah individu lain yang mewakili masyarakat Papua itu.

Sementara itu, memetik laporan portal berita Suara.com, tindakan tersebut dibuat bagi membuktikan prinsip mereka yang tidak percaya akan kewujudan wabak COVID-19 dan keberkesanan vaksin yang diberikan Kerajaan Indonesia.

Untuk rekod, kerajaan Indonesia sehingga kini sedang cuba untuk memujuk masyarakat di kepulauan Papua itu untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dengan pelbagai usaha termasuklah melancarkan kempen vaksinasi dan menghantar petugas kesihatan di setiap daerah di kawasan itu.