Buaya ‘Viral’ Berjaya Ditangkap Dengan Bantuan Orang Kampung

Buaya ‘Viral’ Berjaya Ditangkap Dengan Bantuan Orang Kampung

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Seekor buaya di Kampung Nagapas sini yang tular pada media sosial beberapa hari lalu berjaya ditangkap pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Seorang pengadu wanita berumur 21 tahun membuat panggilan kecemasan pada pukul 7.38 malam pada Pusat Kawalan 999 APM semalam sebaik melihat kelibat reptilia berkenaan berkeliaran.

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular sebelum ini yang menunjukkan seekor buaya terlepas ke atas jalan raya di sekitar Rampazan, Papar ekoran banjir yang berlaku baru-baru ini…

“Tindakan dari APM Papar terus bergerak ke lokasi untuk menangkap buaya tersebut. Dengan bantuan orang kampung buaya tersebut berjaya ditangkap,” kata sumber agensi.

Pihak APM telah menimbang buaya seberat 700 kilogram itu yang dianggarkan sepanjang 16 kaki.

“Turut terlibat dilokasi adalah pasukan polis bagi mengawal keberadaan orang awam serta keselamatan lalu lintas,” katanya lagi.

Buaya tersebut seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah setelah selesai ditangkap pada 9.05 malam.