KOTA KINABALU – Sehari selepas PKR Sabah telah menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di Moyog dalam pilihan raya yang akan datang, Parti Cinta Sabah (PCS) berkata akan juga bertanding di kerusi majoriti KDM tersebut.
Presidennya Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau berhasrat agar rakyat di kawasan itu diwakili oleh salah seorang daripada mereka sendiri.
“Aspirasi rakyat di Moyog sentiasa beringinkan untuk mempunyai wakil rakyat mereka sendiri dan dari sebuah parti yang berasaskan KDM,” menambah kenyataan beliau bahawa Moyog juga sinonim dengan semangat nasionalisme masyarakat KDM.
Beliau juga menggesa agar rakan parti-parti pembangkang lain untuk sensitif kepada sentimen rakyat.
“Kami tidak bersifat perkauman tetapi kita tidak dapat lari dari realiti perasaan rakyat di Moyog.
“Sebelum PRU13, saya, bersama-sama dengan beberapa pemimpin KDM, membentuk APS untuk berjuang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat disebabkan tidak cukup masa untuk membentuk sebuah parti politik baharu.
Telah wujud persefahaman antara APS dan kepimpinan PKR bagi beberapa kawasan tertentu yang telah diperuntukkan kepada APS tetapi tetap berdiri di bawah tiket PKR, “ katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kawasan-kawasan ini termasuklah Moyog, Tamparuli, Matunggong, Kuamut dan Kadamaian.
“Walau bagaimanapun, calon-calon dari kawasan tertentu telah diubah pada saat-saat akhir oleh kepimpinan PKR tanpa persetujuan daripada APS,” katanya, beliau turut menambah bahawa beliau secara peribadi telah memilih calon untuk Moyog dan menggerakkan tenaga kerja APS untuk bekerja di bawah tiket Pakar yang sama dengan kerusi-kerusi lain di mana APS telah dipilih untuk berdiri di bawah tiket PKR.
“Oleh itu, PCS merasakan bahawa Moyog perlu diwakili oleh wakil rakyat daripada PCS sendiri,” tegasnya.
Beliau juga turut menekankan objektif parti itu berkenaan cadangan untuk membentuk satu pakatan besar parti-parti pembangkang untuk mengambil Barisan Nasional atas dasar satu-lawan-satu dalam pilihan raya yang akan datang.
Tetapi beliau menegaskan bahawa garis panduan bagi parti yang berhasrat untuk bertanding di kawasan tertentu mesti mempunyai sokongan yang sangat kuat.
“Kita tidak boleh mendekati isu pembahagian kerusi secara emosi. Ia adalah tidak berguna untuk meletakkan calon di kawasan di mana parti itu tidak mempunyai peluang untuk menang kerana kekurangan sokongan akar umbi,” katanya.
Dalam sidang akhbar pada hari Rabu lepas, Pengerusi PKR Negeri, Christina Liew berkata parti itu tetap berkeras untuk bertanding di Moyog dan kerusi-kerusi yang lain di mana ia telah dimenangi dalam pilihan raya 2013.
Parti itu juga mendakwa hak untuk bertanding di kerusi Parlimen Penampang serta beberapa kawasan yang lain.
“Buat masa ini, jawapan saya adalah ya. Kami mahu bertanding di kerusi yang dimenangi atas tiket parti termasuk Moyog dan Penampang. Saya berharap parti-parti pembangkang lain akan menghormati pendirian kami,” kata beliau.
Parti itu meletakkan Terrence Siambun dan Darrel Leiking masing-masing di kerusi Negeri untuk Moyog dan kerusi Parlimen untuk Penampang pada pilihan raya lalu. Kedua-dua calon menang tetapi telah beralih kepada pendatang baharu pembangkang tempatan iaitu Parti Warisan Sabah.