Muhammad Aqil Syauqi Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia

Muhammad Aqil Syauqi Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia

0
SHARE
Racun
Bungkusan makanan ringan yang digantung dawai besi pagar yang mengandungi racun tikus bagi tujuan untuk perangkap monyet yang dimakan dua beradik berusia dua dan tiga tahun ( Sumber Foto: Ihsan PDRM )

GEORGETOWN, SABAH – Seorang daripada dua beradik yang termakan keropok disyaki mengandungi racun tikus, meninggal dunia hari ini.

Memetik sumber Harian Metro, Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi.

“Abang (Muhammad Akil Syauqi) sudah tiada (meninggal dunia) ketika terima rawatan. Urusan bedah siasat akan dijalankan dan jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini dilaporkan Muhammad Akil dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah.

Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman pekebun.