BUNG DAN SHAFIE DINASIHATKAN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA HAJIJI

BUNG DAN SHAFIE DINASIHATKAN MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak, Bung Moktar dan Shafie Apdal dinasihatkan agar dapat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, cubaan pakatan kedua-dua pemimpin itu untuk menggulingkan Hajiji sebelum ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, tetapi dengan membuat permohonan maaf secara terbuka merupakan satu jalan menebus kesilapan dengan cara terhormat.

“Bulan Ramadhan adalah masa paling sesuai untuk kita saling bermaafan atas salah dan silap”.

Umum mengetahui ‘Langkah Kinabalu’ yang telah digerakkan oleh Bung dan Shafie pada Januari lalu telah gagal sepenuhnya selepas LIMA (5) orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah termasuk Pakatan Harapan (PH) enggan menyokong Shafie atau Bung dilantik menjadi Ketua Menteri bagi menggantikan Hajiji.

LIMA (5) ADUN UMNO-BN yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah pada Januari lalu…

Justeru, dari sudut moral Bung dan Shafie termasuk ADUN yang menyokong gerakan ini sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Sabah.

Mereka berdua (Bung dan Shafie) sepatutnya malu dengan tindakan cubaan menggulingkan Hajiji.

“Kesungguhan Hajiji membangunkan Sabah sepatutnya disokong oleh kedua-dua pemimpin ini memandangkan Hajiji dan GRS juga adalah sebahagian daripada Kerajaan Pepaduan yang mentadbir Malaysia…

“Rekod pelabur luar yang datang melabur ke Sabah sejak Hajiji menjadi Ketua Menteri Sabah juga amat memberangsangkan…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (berdiri, tiga dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani MoU diantara Kerajaan Negeri pelabur dari China-SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. pada 18 Januari yang lalu…

“Ini bermakna pelabur luar amat yakin dengan kebolehan Hajiji, sebaliknya Bung dan Shafie cuba berpakat menggulingkan seorang Ketua Menteri yang telah banyak berjasa kepada Sabah,” kata BEBAS.

Bung sepatutnya berterima kasih kepada Hajiji, kerana semua permintaannya telah ditunaikan oleh Ketua Menteri Sabah itu.

“Semasa pembentukan awal kabinet negeri Sabah portfolio Bung adalah Menteri Perumahan, sebaliknya atas permintaan Bung jawatan Menteri Pembangunan Infrastruktur telah diberikan kepada Bung.”

Menurut BEBAS lagi, Bung juga secara jelas telah mengguris perasaan ramai pemimpin termasuk ahli-ahli UMNO Sabah selepas membuat keputusan bekerjasama dengan Shafie.

“Ramai yang labelkan Bung sebagai pengkhianat, mereka menyoal adakah Bung lupa bahawa Barisan Nasional (BN) pernah kehilangan tampuk pemerintahan pada tahun 2018 selepas Shafie berlaku khianat kepada parti itu?

“Adakah Bung lupa rekod Shafie sepanjang 26 bulan menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, ekonomi Sabah telah jatuh merudum, kadar pengangguran semakin meningkat, tidak ada satu pun pelabur luar negara berjaya melabur di Sabah, isu kronisme termasuk ‘sempornanisasi’ semakin menjadi-jadi.

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

“Justeru atas sebab itulah BEBAS menasihatkan agar kedua pemimpin ini seharusnya tampil memohon maaf terbuka kepada Hajiji termasuk seluruh ahli-ahli UMNO Sabah…

“Sekiranya Bung masih barkeras dan tetap pertahankan egonya, BEBAS percaya UMNO Sabah bakal berhadapan dengan situasi kehilangan ramai pemimpin dan ahli-ahli yang menyeberang menyokong GPRS dan GRS di Sabah,” BEBAS berkata lagi.