CFLC Putatan Jadi Hab Keselamatan Komuniti Pertama Sabah

CFLC Putatan Jadi Hab Keselamatan Komuniti Pertama Sabah

0
SHARE

PUTATAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melancarkan Community Fire Learning Centre (CFLC) pertama di Sabah di Balai Bomba Putatan sebagai pusat pembelajaran keselamatan kebakaran komuniti.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata CFLC bukan sekadar fasiliti, tetapi hab ilmu untuk melatih orang ramai menjadi “first responder” sebelum ketibaan bomba, terutama dalam tempoh kritikal lima minit pertama.

Beliau berkata pusat itu juga mengubah fungsi balai bomba daripada hanya operasi kecemasan kepada pusat pendidikan pencegahan kebakaran.

CFLC Putatan dibangunkan melalui kerjasama CSR tujuh syarikat swasta yang menyediakan pelbagai kemudahan latihan termasuk rumah asap, khemah simulasi dan peralatan pemadaman api.

Sejak akhir 2025 hingga Mei 2026, pusat itu menerima 18 lawatan melibatkan 1,192 peserta daripada agensi kerajaan, swasta dan institusi pendidikan awal kanak-kanak.

Nor Hisham berkata JBPM merancang memperluaskan CFLC ke seluruh negara dengan sasaran 16 pusat di bawah pelan strategik kementerian dan JBPM.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran terbuka dan segera melaporkan kebakaran bagi mengurangkan kerosakan serta risiko kepada komuniti.