COVID-19 Dijangka Akan Berakhir Beberapa Bulan – WHO

COVID-19 Dijangka Akan Berakhir Beberapa Bulan – WHO

0
SHARE

PARIS, PRANCIS – Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) rantau Eropah, Hans Kluge berkata varian Omicron yang menggerakkan pandemik Covid-19 ke dalam fasa baharu mungkin akan berakhir di Benua Eropah tidak lama lagi.

Menerusi laporan South China Morning Post, Kludge berkata, ada kemungkinan Eropah bergerak kearah pengakhiran pandemik.

Menurut beliau, komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama beberapa minggu atau bulan sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda.

Beliau menjelasakan bahawa, ini kerana orang ramai telah pun mempunyai imuniti setelah dijangkiti koronavirus atau kemajuan vaksinasi…

“Kami menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin muncul kembali menjelang akhir tahun ini tetapi tidak semestinya sebagai pandemik,” katanya.

Sementara itu saintis kanan Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci juga memberi pandangan yang optimis terhadap perkara itu.

Menerusi rancangan bual bicara terbitan saluran ABC News, This Week, katanya penurunan kes Covid-19 dapat dilihat di kawasan AS walaupun bukan mendadak dan menjangkakan situasi tersebut semakin baik.

“Saya percaya akan adanya perubahan besar di seluruh negara (AS),” katanya.

Sementara itu, WHO Afrika juga merekodkan penurunan kes Covid-19 yang mendadak dan angka korban yang semakin susut buat pertama kalinya sejak gelombang keempat yang melanda benua itu ekoran penularan varian Omicron.

Bagaimanapun, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk memikirkan tentang fasa endemik Covid-19…

Sementara itu, di Eropah yang merangkumi  53 negara termasuk sebilangan negara di Asia Tengah,  Omicron mewakili 15 peratus kes baharu Covid-19 setakat 18 Januari lalu berbanding 6.3 peratus seminggu sebelumnya.