PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh tertinggi setakat ini seramai 4,313 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 137,019 kes (75.9%).
Namun, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 melonjak naik dan mencatat kes tertinggi harian setakat ini iaitu sebanyak 4,275 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 180,455 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 42,769 (23.7%) kes.
DARIPADA 4,275 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak 11 Kes import, manakala 4,264 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 260 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 103 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,421 KES dan diikuti KUALA LUMPUR sebanyak 548 KES dan SABAH sebanyak 498 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat TUJUH (7) kes kematian direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 667 kes (0.4%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
