Daim Mengaku Tidak Bersalah, Khuatir Nasib Negara

Daim Mengaku Tidak Bersalah, Khuatir Nasib Negara

0
SHARE
Daim
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta.

Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mematuhi terma notis pengisytiharan aset yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia turut didakwa gagal mengisytiharkan pemilikannya dalam 38 syarikat, 19 bidang tanah di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur, serta enam hartanah.

Daim juga didakwa gagal mengisytiharkan pemilikan akaun Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Berhad (ASB) serta tujuh kenderaan mewah.

“Saya tidak terlalu peduli dengan nasib saya sekarang. Biarkan Anwar melemparkan segala-galanya kepada saya, tetapi saya takut nasib negara saya,” katanya memetik FMT pada sidang media di kompleks mahkamah.

Kesalahan didakwa berlaku pada 13 Dis 2023 dan jika disabit, Daim berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000.

Hakim Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 22 Mac untuk pengurusan kes.