TUARAN: Seramai empat orang mangsa membabitkan pemandu dan penumpang kereta Aruz dan Axia terlibat dalam kemalangan di Jalan Marabahai Spur hari ini.
Seramai empat orang mangsa terlibat dalam insiden kira-kira 8.30 pagi itu di mana pemandu Aruz dan Axia, kedua-duanya lelaki, hanya mengalami cedera ringan.
Sepasukan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran bertindak ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa dan memberi rawatan awal.
“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan kenderaan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Setelah mamastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan pada jam 9.09 pagi,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.






