Dewan Rakyat Luluskan Belanjawan 2024

Dewan Rakyat Luluskan Belanjawan 2024

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 selepas dibahaskan sejak 16 Okt lepas.

Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara.

Memetik laporan Bernama, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas bacaan kali ketiga rang undang-undang berkenaan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul…

Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas itu melibatkan peruntukan RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Anwar
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada 13 Oktober lepas…(Sumber Foto: Tangkap layar siaran langsung RTM)

Daripada jumlah peruntukan belanjawan yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat’ itu, sebanyak RM303.8 bilion adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM90 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan manakala RM2 bilion pula disediakan untuk simpanan luar jangka.