Disebabkan Cemburu, Suami Tergamak Penggal Kepala Isteri

Disebabkan Cemburu, Suami Tergamak Penggal Kepala Isteri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

PHNOM PENH, KEMBOJA – Gara-gara cemburu, seorang suami tergamak memenggal kepala isterinya selepas mendapatinya curang bersama lelaki lain di di Phnom Penh, Kemboja.

Phuong Ratha, 27, dipercayai memenggal kepada isterinya, Ly Srey Nouch, 23, dan membawa anggota badan yang disumbat dalam guni dengan meronda-ronda menunggang motosikal di sekitar kampung.

Phuong dikatakan menyerang isterinya di rumah sewa mereka yang turut didiami anak lelakinya berusia setahun, dengan memotong leher menggunakan pisau pemotong daging pada Jumaat lalu.

Lelaki itu kemudian memasukkan kepala Ly Srey dalam guni putih dan membawanya mengelilingi kampung sebelum membuangnya dalam tempat pembuangan sampah berhampiran.

Selepas kejadian, jiran pasangan itu, Phan Sreyphet, 48, yang memeriksa rumah mereka mendapat badan Ly Srey dipotong beberapa bahagian dan darah berlumuran di atas lantai.

Tidak beberapa lama kemudian, polis melancarkan operasi memburu suspek dan berjaya menemuinya sehari selepas itu di kampung halamannya di wilayah Takeo yang terletak kira-kira 96 kilometer dari rumah sewa mereka.

Semasa soal siasat, Phuong memberitahu polis bahawa dia memenggal kepala isterinya kerana cemburu dan bertindak menyembunyikan kepala itu.

“Saya cemburu kerana isteri saya curang. Saya tidak memukulnya sebelum membunuhnya, tetapi menggunakan pisau besar untuk memenggal lehernya,” katanya…

Sementara itu, satu kenyataan disiarkan polis daerah Boeung Kak menyatakan mayat mangsa ditemui berlumuran darah oleh jiran mereka sebelum menghubungi polis pada jam 7 malam (waktu tempatan).