FAMA Sabah Beri Sumbangan Kepada ‘Frontliners’

FAMA Sabah Beri Sumbangan Kepada ‘Frontliners’

0
SHARE
Japlin Akim menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertugas di pos kawalan pintu masuk utama ke kampung yang dikenakan PKPD...

KOTA BELUD, SABAH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) dan penduduk kampung yang terjejas akibat COVID-19 di Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi, Kota Belud.

Penyampaian sumbangan disampaikan oleh ahli lembaga Pengarah FAMA Malaysia Datuk Japlin Akim di Pos Kawalan pintu masuk utama ke kampung yang dikenakan PKPD.

“Sumbangan berbentuk pertanian sayur-sayuran dan buah-buahan serta beras itu merupakan program Fama Sabah…

“Ia bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19,” katanya di sini, kelmarin.