Fasha Sandha Tekad Ambil Tindakan Undang-Undang

Fasha Sandha Tekad Ambil Tindakan Undang-Undang

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha akhirnya tampil secara rasmi memberikan kenyataan berhubung isu tindakan saman yang dikeluarkan oleh pelakon Nora Danish minggu lepas.

Fasha menerusi laman Instagram miliknya memberitahu dia tidak bercadang untuk mengadakan sebarang sidang media bagi menjelaskan isu terbabit.

“Saya memberikan kenyataan awal ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.

“Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

“Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman Instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

“Laman instagram saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut,” katanya.

Pelakon drama Lara Aishah itu bagaimanapun  akan mengeluarkan saman malu ekoran tindakan pihak tertentu yang menuduh dia memfitnah.

“Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun tidak takut.

“Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak benar, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang tidak masuk akal,” tambah Fasha.

Kembali membangkitkan isu yang pernah tercetus tujuh tahun lalu, Fasha berkata tidak gentar untuk berdepan sebarang amaran.

“Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.

“Dia juga pernah meghantar saman melalui peguamnya kepada saya tujuh tahun lalu tetapi tidak berjaya. Negara kita ada undang-undang.

“Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya tidak akan memberikan apa-apa lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam saya. “Saya menganggap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang.

“Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan hak saya di bawah undang-undang,” katanya.

Terdahulu, laporan media tempatan menyebut, Fasha dikatakan dihalau daripada menghadiri majlis pertunjukkan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 oleh pihak penganjur kononnya atas arahan seorang selebriti wanita, pada 10 Mei yang lalu.

Kemudian pada 12 Mei, Nora Danish mengadakan sidag media bersama pihak penganjur yang mana antaranya dia meluahkan rasa kesal dan terkilan dan berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Fasha. Tambah selebriti itu, tuduhan buruk terhadap dirinya telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

– H.Ekspres