Gagal Kekal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Letak Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi

Gagal Kekal Timbalan Presiden PKR, Rafizi Letak Jawatan Sebagai Menteri Ekonomi

0
SHARE

KOTA KINABALU: Datuk Seri Rafizi Ramli telah meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ahli Parlimen Pandan dua penggal itu berkata, adalah tidak wajar bagi seseorang yang bukan sebahagian daripada kepimpinan tertinggi parti memegang jawatan dalam Kabinet.

“Saya telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri.

“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa pada 17 Jun.

“Saya akan menggunakan baki cuti tahunan saya mulai hari ini sehingga 16 Jun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum pemilihan PKR, Rafizi pernah menyatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai menteri dan kembali menjadi Ahli Parlimen biasa sekiranya gagal dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PKR.

Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Rafizi.

“Siapa beritahu?” soalnya ringkas memetik laporan Harian Metro pada Penutup Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 hari ini.

Soalan itu ditanya kira-kira setengah jam sebelum Rafizi mengumunkan peletakan jawatannya dalam Kabinet pimpinan Anwar.