KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, golongan belia perlu meraih kemahiran dan pandangan baharu dalam menyediakan diri bagi menghadapi pasaran kerja yang kompetitif.
Beliau berkata, ini kerana prestasi akademik bukan satu-satunya faktor yang menentukan kebolehpasaran.
Tambah beliau, majikan kini mencari mereka yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan Revolusi Perindustrian Keempat, daripada aspek celik digital sehingga kemahiran insaniah.
“Pemerolehan ijazah bukanlah penamat kepada pembelajaran. Sentiasalah berusaha untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran diri anda,” katanya…
Noraini berkata dunia hari ini bergerak sangat pantas dan belia perlu tangkas seiring dengan kepantasannya untuk berjaya.