KOTA KINABALU, SABAH – Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) memuji keputusan yang dibuat oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk meneruskan sokongan parti itu kepada kerajaan GRS.
Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan berkata keputusan Bung mengukuhkan status autonomi UMNO Sabah dan menunjukkan bahawa UMNO Sabah adalah parti yang mengutamakan rakyat di negeri ini.
“Kerajaan GRS adalah kerajaan yang dipilih secara demokratik. Kami diberi mandat oleh rakyat yang menggulingkan kerajaan pintu belakang tahun lalu…
“Pembangkang telah berusaha berkali-kali untuk meruntuhkan kerajaan ini (GRS) tetapi kecewa kerana pihak-pihak yang membentuk GRS adalah pihak yang memahami bahawa kuasa sebenarnya di tangan rakyat.
“Dengan demikian, kami akan terus bekerja keras untuk rakyat, menunaikan janji-janji kami yang dibuat semasa kempen pilihan raya dan memajukan Sabah,” katanya.





