GRS Pacu Pembangunan, Dr Joachim Minta Rakyat Bijak Memilih

GRS Pacu Pembangunan, Dr Joachim Minta Rakyat Bijak Memilih

0
SHARE

RANAU: Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memacu pembangunan negeri merangkumi aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan infrastruktur asas.

“Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran, landskap pembangunan Sabah banyak berubah. Semua ini terlaksana hasil kerjasama erat kerajaan negeri dan Persekutuan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) serta inisiatif Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau menyeru rakyat membuat pilihan bijak pada PRN ke-17 akan datang agar kesinambungan pembangunan dapat diteruskan.

“Rakyat perlu menilai dengan bijak supaya manfaat dasar SMJ dapat dirasai secara berterusan,” tegasnya.

Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia peringkat Mukim Timbua, semalam.

Beliau turut mengingatkan sambutan kemerdekaan bukan sekadar acara memperingati sejarah, sebaliknya platform memupuk keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang kaum.