Hajiji Hadiri 2 Mesyuarat Dipengerusikan PM Menerusi Sidang Video Hari Ini

Hajiji Hadiri 2 Mesyuarat Dipengerusikan PM Menerusi Sidang Video Hari Ini

0
SHARE
Hajiji (kanan) semasa menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menghadiri DUA (2) mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin menerusi sidang video di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Mesyuarat PERTAMA yang beliau hadiri pada sebelah pagi ialah Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim (Malaysia Climate Change Action Council (MyCAC)) Bil.1, Tahun 2021.

Sementara mesyuarat KEDUA pada sebelah petang ialah Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Bilangan 2.

Hajiji menghadiri Mesyarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963…

Kedua-dua mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong.

Sementara mesyuarat MyCAC turut dihadiri oleh Setiausaha Hasil Bumi, Encik Sernam Singh.

Manakala Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof turut menghadiri Mesyuarat MKMA63.