Hajiji Saksikan Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri di Menara Kinabalu

Hajiji Saksikan Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri di Menara Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, 10 Oktober — Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, menyaksikan secara langsung pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disiarkan dari Parlimen petang ini.

Sesi tontonan langsung itu berlangsung di Menara Kinabalu sejak pukul 4 petang, dan turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), dengan penetapan sembilan Tekad Utama berpaksikan kepada tiga tonggak Ekonomi MADANI.

Ketua Menteri dijangka mengulas butiran Belanjawan berkenaan, khususnya yang melibatkan kepentingan Sabah dalam aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur, serta kebajikan rakyat negeri ini.