Hampir Dua Jam Lelaki Korea Tersangkut Di Pokok Bukit Kokol

Hampir Dua Jam Lelaki Korea Tersangkut Di Pokok Bukit Kokol

0
SHARE
Bomba
Pasukan anggota Bomba membawa mangsa turun ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang warganegara Korea tersangkut pada pokok setinggi 50 meter di Bukit Kokol, Menggatal, sini, ketika meluncur udara pada Ahad.

Seramai 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Lintas termasuk dua anggota Unit Dron, bertindak menurunkan mangsa lelaki dikenali sebagai Cha Woo Sung, 50-an.

Seorang pemandu paragliding tempatan membuat panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 1.51 tengah hari kira-kira 19 kilometer daripada Balai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pemandu dan pemilik tanah membawa pasukan Bomba ke lokasi mangsa sejauh 1 kilometer dari pelantar lompat.

“Anggota segera mula bekerja dengan melaksanakan sistem penurunan. Mangsa dibawa turun kira-kira 40 minit kemudian pada 4.12 petang.

“Pemeriksaan awal oleh pasukan Emergency Medical Rescue Services di lokasi mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Agustavia sambil menambah bahawa operasi kemudian ditamatkan pada 4.50 petang.