KOTA KINABALU, SABAH – Sabah hanya mencatat penurunan kecil COVID-19 iaitu sebanyak tiga (3) kes baharu hari ini membawa kepada kumulatif 242 KES.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang iaitu masing-masing 13 daerah.
“Ranau merekod peningkatan kes yang paling tinggi iaitu peningkatan 10 kes dan Kota Kinabalu pula mencatat penurunan yang paling besar dengan 18 kes berbanding jumlah semalam…
“Sembilan daerah mencatatkan kes pada dua angka dengan empat (4) daripadanya melepasi paras 20 kes iaitu Tuaran 35 kes, Kota Kinabalu 25 kes, Papar 23 kes dan Ranau 20 kes,” katanya dalam rumusan harian kes.
Sejumlah 16 daerah mencatatkan kes satu angka sahaja manakala dua (2) daerah tidak mencatatkan kes baharu.
Dalam pada itu, sejumlah 238 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
“Terdapat satu (1) kes masing-masing dalam Kategori 3, 4 dan 5. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih lagi membuat penilaian keatas satu (1) kes,” tambahnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (07 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Tuaran – 35 (33)
Kota Kinabalu – 25 (43)
Papar – 23 (15)
Ranau – 20 (10)
Kota Belud – 19 (17)
Penampang – 18 (16)
Keningau – 12 (6)
Beaufort – 11 (18)
Kota Marudu – 10 (6)
Tambunan – 8 (10)
Lahad Datu – 8 (0)
Kuala Penyu – 7 (4)
Beluran – 7 (4)
Tenom – 6 (4)
Sandakan – 5 (6)
Nabawan – 5 (8)
Tawau – 5 (10)
Telupid – 4 (2)
Sipitang – 4 (7)
Kudat – 3 (2)
Pitas – 2 (5)
Putatan – 2 (8)
Semporna – 1 (4)
Tongod – 1 (3)
Kalabakan – 1 (3)
Kinabatangan – 0 (0)
Kunak – 0 (1)





