PRU15: KM SABAH UMUM PELEPASAN AM UNTUK JUMAAT DAN SABTU

PRU15: KM SABAH UMUM PELEPASAN AM UNTUK JUMAAT DAN SABTU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah bersetuju menetapkan tarikh 18 November 2022 (Jumaat) dan 19 November 2022 (Sabtu) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi Negeri Sabah bagi memudahkan rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Demikian Kenyataan Media Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sebentar tadi.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan perkara yang sama bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Beliau berkata pengumuman itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.