LONDON – Harga rokok di Britain meningkat kepada £13.60 (RM77.60) bagi pek 20 batang rokok bermula 6 petang (waktu tempatan) semalam selepas pembentangan Bajet 2021 oleh Kerajaan Britain.
Mirror.co melaporkan bahawa peningkatan sebanyak 88 peratus (88%) terhadap harga baharu itu diumumkan Canselor Rishi Sunak menerusi pembentangan Bajet 2021 petang semalam, susulan kadar cukai tembakau yang turut dinaikkan.
Kenaikan terakhir bagi harga rokok di Britain dibuat pada November 2020, di mana pek rokok 20 batang dinaikkan harga sebanyak 20 peratus (20%) dan 65 peratus (65%) bagi 30 batang rokok.
Selain rokok, Rishi turut mengumumkan kenaikan harga minuman keras sebanyak 30 peratus (30%).
Menurutnya, sistem duti alkohol di Britain adalah ‘ketinggalan zaman’, justeru beliau mengumumkan lima pelan langkah untuk mengubah keadaan itu yang dibuat berdasarkan kuantiti alkohol dalam sesebuah minuman.
“Lebih kuat (kandungan alkohol), lebih tinggi harganya,” katanya.