Hentikan Budaya Mempermainkan Isu Agama – PJP Sabah

Hentikan Budaya Mempermainkan Isu Agama – PJP Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menyeru mana-mana pihak agar tidak menyentuh dan menimbulkan isu keagamaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata keadaan menjadi lebih keruh jika seseorang itu tidak mahir atau arif lebih-lebih lagi andai agama itu bukan agama anutannya.

“PDRM Kontinjen Sabah memandang berat isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama yang disebarkan melalui media massa kebelakangan ini.

“Orang ramai dinasihati agar tidak sama sekali membuat, menyebar atau berkongsi sebarang kenyataan jelik yang menyentuh sensitiviti agama hingga boleh menggugat ketenteraman awam dan menjejaskan perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang agama dan kaum di negeri ini,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau menambah bahawa siasatan terperinci berkaitan perkara tersebut sedang dijalankan.