Dua Rumah Terbakar, Lelaki Melecur Di Kaki

Dua Rumah Terbakar, Lelaki Melecur Di Kaki

0
SHARE
Kebakaran
Gambar dron dua buah rumah terbabit yang musnah terbakar ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki sempat menyelamatkan diri namun melecur di bahagian kaki ketika dua buah rumah di Kampung Warisan, Jalan Tuaran Bypass sini musnah terbakar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun diberikan rawatan awal oleh pasukan Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen 2 menggunakan EMRS.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, dua buah rumah jenis separuh kekal berukuran 40’x40’dan 20’x30′ terbakar 100 peratus.

“Empat buah kereta turut terbakar 100 peratus,” kata seorang jurucakap bagi agensi penyelamat tersebut.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran tiga pancutan 700 kaki air dari tangki jentera dengan kekuatan 28 anggota dari tiga Balai Bomba dan penyelamat.

Keadaan terkawal pada jam 9.25 pagi dan setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.03 pagi.