IBU ARTIS SYAMEL MENINGGAL DUNIA

IBU ARTIS SYAMEL MENINGGAL DUNIA

0
SHARE
Allahyarhamah ibu Syamel (kanan) pada majlis persandingan Syame dan isteri, Ernie Zakri...

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 10.09 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Berita sedih itu dikongsi Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.

“Allah lebih menyayangi umi. Umi saya, Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada jam 10.09 malam tadi.

“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” kata Syamel.

Terdahulu menurut Syamel yang reda dengan pemergian ibunya memaklumkan, dia bimbang dengan keadaan kesihatan ibunya yang hampir dua bulan menerima rawatan di hospital akibat kekurangan oksigen dalam badan dan terpaksa ‘ditidurkan’.

Dalam pada masa yang sama, Syamel turut menafikan bahawa ibunya dijangkiti COVID-19.