LAS VEGAS – Petinju Cuba, Yordenis Ugas menewaskan Manny Pacquiao yang mana sekaligus mengekalkan kejuaraan welterweight (super) WBA miliknya kelmarin (Ahad).
Kekalahan mengejut Manny Pacquiao itu berlaku pada penampilannya kembali ke gelanggang selepas dua tahun Yordenis Ugas mengecewakan lawannya untuk memenangi pertarungan dengan keputusan sebulat suara.
Ugas telah disenaraikan 11 jam selepas lawan sebenar Pacquiao, Errol Spence Jr menarik diri kerana kecederaan dan pertarungan berdepan Ugas hanya dipersetujui pada 10 Ogos lalu.
Pada perlawanan itu, Ugas mendahului semua tiga kiraan dengan 115-113, 116-112 and 116-112 dan menang dengan keputusan sebulat suara selepas pertarungan 12 pusingan dekat T-Mobile Arena.
Ia adalah pertarungan pertama Pacquiao sejak menewaskan Keith Thurman bagi kejuaraan welterweight WBA pada Julai 2019.
“Saya tidak tahu,” kata Pacquiao, 42, apabila ditanya sama ada adakah ia perlawanan terakhirnya.
“Saya perlu bertenang dan membuat keputusan.”
Juara dunia divisyen lapan itu yang dikenali dengan gelaran PacMan, kini mempunyai rekod 62 kemenangan, lapan kalah dan dua seri.
“Ini adalah tinju. Saya berdepan detik sukar menyesuaikan diri di gelanggang. Kaki saya tersekat. Saya minta maaf saya tewas hari ini tetapi saya sudah melakukan yang terbaik,” kata Pacquiao.