Ibu Dan Abang Ditemui Lemas, Usaha Mencari Adik Diteruskan

Ibu Dan Abang Ditemui Lemas, Usaha Mencari Adik Diteruskan

0
SHARE
Lemas
Mayat penduduk kampung yang turut lemas dalam usaha mencari dan menyelamat sekeluarga mangsa bot karam ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

NABAWAN, SABAH – Usaha mencari Carbrineleyvonne Joffrinos berusia 7 tahun diteruskan selepas tragedi bot karam di Sungai Penawan Kg Sin-Singon, Sepulut, sini, menjejaskan sekeluarga lima pada tengah hari Selasa.

Penduduk setempat menemui mayat ibu Carbrineleyvonne, Lerina Rody, 26, pada 3.15 petang hari kejadian dan abangnya Joffizan Joffrinos, 9, pada pukul empat petang keesokan hari.

Ayahnya, Joffrinos Palandok, 36, dan adik lelaki, Jilan Joffrinos, 5, berjaya menyelamatkan diri pada hari insiden.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seorang penduduk kampung, Lasimin Mantun, 38, turut lemas dalam usaha mulia misi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keempat pencarian iaitu Jumaat semalam.

“Mangsa dijumpai pada jam 9.30 pagi 10 kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi SAR diteruskan dengan lokasi pencarian bermula daripada Jeti Salung ke Kampung Pagalungan,” kata seorang jurucakap bagi agensi.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dengan bantuan 2 lagi dari BBP Keningau termasuk seekor anjing pengesan terlibat dalam operasi SAR.