Imam Maut Dipatuk ‘King Cobra’ Belaan Sendiri

Imam Maut Dipatuk ‘King Cobra’ Belaan Sendiri

0
SHARE

INDONESIA – Maut kepada ular belaan sendiri, itu yang berlaku kepada seorang lelaki dikenali sebagai Imam Rokhani yang maut akibat dipatuk ular jenis ‘King Cobra’ yang dibelanya sendiri sejak lima tahun lalu di Trenggalek, Indonesia.

Menurut sumber yang dipetik Majoriti.com, kejadian berlaku pada Ahad baru-baru ini di mana mangsa yang berusia 49 tahun sedang menukar air di dalam sangkar yang menempatkan haiwan belaanya itu.

Seorang daripada keluarga mangsa berkata, ketika kejadian, arwah sempat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika dibawa ke hospital, arwah memang sudah tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia…

“Arwah meninggal kira-kira lima jam selepas dia dipatuk,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RAKAMAN VIDEO Imam Rokhani bersama reptilia iaitu ular jenis ‘King Cobra’ belaannya…

Sementara itu, Ketua Pemadam Kebakaran Trenggalek, Triadi Atmono berkata, pihaknya mendapat arahan daripada polis untuk mengalihkan ular itu dari rumah mangsa.

Jelasnya, dua ekor ular itu dialihkan bersama dengan sangkar dan dibawa ke pejabat polis.

“Ular yang kita alihkan daripada jenis King Cobra dengan panjang sekitar empat ke lima meter,” katanya.