Jabatan Perhutanan Sabah Dedah Surat Palsu Libatkan Tawaran Sebut Harga

Jabatan Perhutanan Sabah Dedah Surat Palsu Libatkan Tawaran Sebut Harga

0
SHARE
Jabatan Perhutanan Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Perhutanan Sabah mendedahkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang memalsukan surat menggunakan kepala surat kementerian dan mengaitkan jabatan itu dalam tawaran sebut harga bagi pembekalan atau perkhidmatan kepada Pejabat Perhutanan Daerah.

“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sedemikian kepada mana-mana syarikat untuk tujuan menawarkan pembekalan peralatan atau perkhidmatan menggunakan kepala surat mana-mana kementerian,” kata Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menegaskan, orang ramai dinasihatkan agar terlebih dahulu mengesahkan kesahihan tawaran tersebut dengan Jabatan Perhutanan Sabah sebelum memberikan sebarang maklum balas.