Jeffrey Kitingan Tepis Fitnah RM1.78 Juta, Sedia Saman Malaysiakini

Jeffrey Kitingan Tepis Fitnah RM1.78 Juta, Sedia Saman Malaysiakini

0
SHARE

KOTA KINABALU: Presiden STAR merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah I, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Malaysiakini bahawa beliau menerima RM1.78 juta berkaitan skandal perlombongan.

“Dakwaan ini tidak berasas dan bermotif politik untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan tidak pernah menerima sebarang dana berkaitan permohonan atau skandal perlombongan, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai rekaan terdesak pihak tertentu sejak era 1960-an.

STAR, katanya, tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perlombongan dan tidak pernah memohon lesen perlombongan.

“Sebagai penyokong Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi (NCA), perlombongan bertentangan dengan prinsip pemuliharaan kami,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa dirinya dan ahli STAR telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM serta menyerahkan kenyataan terperinci.

“Inilah harga perjuangan untuk hak Sabah,” katanya sambil mengecam cubaan media mengadili isu ini melalui pendapat umum.

Beliau turut memetik kenyataan terdahulu pemberi maklumat yang membersihkan STAR dan PBS daripada sebarang salah laku.

“Disebabkan keseriusan tuduhan palsu ini, saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini,” tegasnya.

Dr. Jeffrey menjangkakan lebih banyak fitnah akan muncul menjelang PRN.

“Bukan pelik jika ada pihak berpesta menyebar berita palsu demi mengubah landskap politik Sabah,” katanya.