SABAH KOMITED SEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS KEPADA RAKYAT: KM HAJIJI

SABAH KOMITED SEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS KEPADA RAKYAT: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji menandatangani plak bagi tiga bangunan baharu di Kampung Damat, Tamparuli ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

TAMPARULI, SABAH – Kerajaan negeri komited menyediakan kemudahan asas untuk rakyat, terutamanya mereka yang berada di kawasan luar bandar supaya mereka juga boleh menikmati kemajuan dan pembangunan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Berucap pada majlis pelancaran Surau, Dewan Terbuka dan Pusat Komuniti di Kampung Damat di sini hari ini, Hajiji gembira mengetahui bahawa inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya membuahkan hasil.

Beliau berkata menerusi Hala Tuju SMJ, ekonomi Sabah kini pulih berikutan kelembaban ekonomi akibat pandemik COVID-19 lebih tiga tahun lalu.

“Ini terbukti berdasarkan kejayaan yang telah kita capai walaupun pembangkang masih cuba menafikannya.

“Saya mengharapkan mereka memberikan kritikan yang membina dan tidak menyebarkan pembohongan tidak berasas. Kerajaan negeri telah mencapai banyak kejayaan dalam menarik pelabur dan hari ini kita mempunyai dua taman perindustrian – Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan Minyak dan Gas di Sipitang.

“Kabinet negeri telah meluluskan dua taman perindustrian baharu di Kimanis dan satu lagi antara Kota Belud dan Kota Marudu untuk menampung lebih ramai pelabur yang mencari untuk melabur di Sabah.

“Kerajaan negeri komited untuk melakukan yang terbaik untuk Sabah dan usaha intensif adalah sedang menyelesaikan isu-isu warisan seperti air, bekalan elektrik dan jalan raya,” katanya.

Hajiji memuji Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Damat bagi menyiapkan ketiga-tiga bagunan kemudahan tersebut yang amat diperlukan oleh pihak orang kampung.

Beliau berkata penyiapan bangunan yang menelan belanja RM450,000 itu juga merupakan bukti keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat.

“Ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan seluruh rakyat dapat menikmati pembangunan dan kemajuan,” katanya.

Beliau berkata pembinaan Pusat Komuniti, sebuah pusat aktiviti bagi masyarakat Kristian Kampung Damat yang bersebelahan dengan Surau baharu itu melambangkan keunikan Sabah iaitu keharmonian beragama.

Beliau juga menyeru masyarakat setempat untuk memaksimumkan penggunaan kemudahan tersebut agar bermanfaat kepada semua.