Jepun, Filipina Tandatangan Pakatan Pertahanan Menentang China

Jepun, Filipina Tandatangan Pakatan Pertahanan Menentang China

0
SHARE
Filipina dan Jepun memeterai Perjanjian Akses Timbal Balik (RAA) di Manila pada Isnin, 8 Julai...(Sumber Foto: AFP)

MANILA, FILIPINA – Jepun dan Filipina pada Isnin menandatangani satu pakatan pertahanan yang membenarkan penempatan tentera Jepun untuk latihan ketenteraan bersama, termasuk latihan tembak langsung.

Meskipun Filipina berada di bawah pendudukan Jepun yang kejam dalam Perang Dunia Kedua tetapi kini membina pakatan dengan Tokyo kerana mereka menghadapi China yang semakin agressif.

Perjanjian Akses Timbal Balik (Reciprocal Access Agreement) turut membenarkan tentera Filipina memasuki Jepun untuk latihan tempur bersama.

Ia telah ditandatangani oleh Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro dan Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa dalam upacara di Manila yang disaksikan oleh Presiden Ferdinand Marcos Jr.

Ia akan berkuat kuasa selepas pengesahan oleh badan kedua-dua perundangan negara itu, kata pegawai Filipina dan Jepun.

Kamikawa menggelar pemeteraian perjanjian pertahanan itu sebagai “pencapaian terobosan” yang seharusnya meningkatkan lagi kerjasama pertahanan antara Jepun dan Filipina.

Setiausaha Pertahanan Filipina Gilberto Teodoro (kanan( dan Menteri Luar Jepun Yoko Kamikawa (kiri) berjabat tangan selepas menandatangani perjanjian berkenaan…(Sumber Foto: AFP)

“Peraturan antarabangsa yang bebas dan terbuka berdasarkan kedaulatan undang-undang adalah asas keamanan dan kemakmuran serantau.

“Kami ingin bekerjasama rapat dengan negara anda untuk mengekalkan dan mengukuhkan ini,” katanya.

Kamikawa dan Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara kemudiannya mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan mereka di Filipina mengenai cara untuk mengeratkan lagi hubungan.

Pakatan pertahanan dengan Filipina adalah yang pertama dimeterai oleh Jepun di Asia. Jepun menandatangani perjanjian yang sama dengan Australia pada 2022 dan dengan Britain pada 2023.